Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, June 30, 2012

Tip Belajar Berkesan


Assalamulaikum dan selamat sejahtera khususnya kepada para blogger. Hari aku nak kongsikan sikit kepada semua pelajar menghadapi peperiksaan UPSR,PMR, SMA/SMU dan SPM ada beberapa tip dan teknik belajar dengan cara yang berkesan.
  • Semasa di kelas,berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
  • Dengar apa yang guru sampaikan dengan teliti.
  • Tidak bercakap atau berbual-bual semasa guru mengajar.
  • Buat latihan dan tugasan yang guru berikan mengikut masa yang telah ditetapkan.
  • Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
  • Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
  • Membuat latihan-latihan yang di sediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
  • Memahami apa yang dibaca.
  • Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
  • Menggunakan kaedah ,simbol,dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
  • Belajar menggunakan komputer untuk mendapat kefahaman tambahan.
  • Bagi sesetengah pelajar,mereka kerap mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
  • Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
  • Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
  • Meneliti dan menganalisi trend soalan-soalan peperisaan yang lalu.
  • Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
  • Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.






...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Friday, June 22, 2012

3 Jenis Jodoh Pertemuan.




Asslamulaikum semua, selamat petang semua hari ini aku rasa bosan sangat2 so ade benda aku nak kongsikan tentang 3 jenis jodoh pertemuan yang ditakdirkan antaranya:

Jodoh dari Syaitan

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata,

seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.


Jodoh dari Jin

Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.


Jodoh dari Allah SWT

Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

ok bubye semua..

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan (PART II)

Asslamulaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia
Kali ini aku nak ikut segmen dari Miss Z. So, kalau kamu rajin jomlah ikut sekali dan jangan lupa follow sekali blog nie erk.
Ouke kalau kamu nak join silalah halakan cursor kamu tu ke arah banner dekat atas tu.

Saya berasal dari melaka.
bilangan follower: 100.

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Thursday, June 7, 2012

TIP2 DIET

Asslamualaikum semua !.

HIHI hari aku ini gembira sangat2 nak tahu sebab ape? tengok lha my face blog

hoho da berubah 80% beb lebih kurang macam tu lha penat jeb aku ubahsuai

dan tambah2 dekat my face blog smpai 3 hari 2 malam huhu memang penat
tahap gaban gila2 lha. Macam2 aku ubahsuai tau antara korang
semua perasaan atau tak! okey terbaek hehe.Hari ini mood aku
baik so aku nak kongsi sikit dengan korang semua macam mane

cara diet yang betol huhu terlebih dahulu jangan tergopoh-gapah menurunkan
berat badan.Sebaliknya bersabar dan lakukan ia dengan cara yang betol .

1.Nikmati setiap gigitan
Nikmati keenakan makanan yang dimakan. Jangan terburu-buru untuk

menelannya. Dengan cara ini kamu akan berasa cepat kenyang.

2. Sarapan ringan
Semakin besar pinggan, semakin besar keinginan untuk makan.

Paling penting jangan makan yang berat-berat di waktu pagi.

3. Jangan pantang makanan kesukaan
Jangan terlalu mengikat perut sehinggakan makanan kesukaan kamu

pun takut untuk dijamah.Sebaiknya makan apa sahaja asalkan makanan

yang dimakan dalam jumlah yang sedikit.

4. Pilih snack sihat
Pilihlah makanan yang baik untuk kesihatan kamu. Misalnya jus buah,

yogurt buah atau sepotong buah-buahan segar. Selain bagus untuk diet,

ia juga boleh membuatkan kamu berasa cepat kenyang.

5. Potong kecil-kecil
Sebaiknya makanan yang hendak dimakan haruslah dipotong kepada

beberapa bahagian.Misalnya sepotong kuih dipotong tiga atau empat.

Dengan cara ini akan dapat melatih kamu makan dengan tertib dan perlahan.

Harap2 korang semua dapat ikot tip2 ini ok bubye

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Friday, June 1, 2012

DAH 2 KALI AKU MIMPIKAN DEA



Assalamulaikum pembuka bicara kepada semua para blogger semua,selamat pagi semoga hari ini korang semua sihat dan bertambah sihat ok aku doakan tau hoho.Bangun jer pagi tadi teros jer mandi ta nak sambung tidor lagi da sampai pukul 12.00 tenghari nanti bangun jer nanti bukan badan bertambah baek bertambah letih lagi ade lha kan pastu tidor lame2 nie tak elok orang kate lagi2 lepas terbitnya matahari memang ta boleh da tidor lagi mase tu ustaz aku kate nanti rezeki sempit (>,<) rase kebanyakan korang pon tahu sendiri kan.
Lepas jer habes mandi pakai pakaian semua teros jer menghadap computer tengok2 jer tarikh 1/6/2012 omg cepat benor mase berlalukan hari ini ialah hari jumaat da ape pon aku bersyukur kepada tuhan kerana maseh memanjang usia aku :D .Kembali kepada topik asal ok ta tahu cerita cam ne tapi ta per i try masok nie da 2 kali berturut2 aku mimpikan dea nak tahu mimpikan siapa adalah (secret) hoho yang pasti dea gegurl bukan boboy haha ok.
Berapa bulan yang lepas aku penah mimpikan dea tu first time lha mimpi kan dea rase macam biase jer orang kate mimpi tu mainan tidor jadi ta ade lha terpikir sangat tapi baru2 nie beberapa hari yang lalu mimpi sekali lagi tentang dea lagi mahu ta bigung ape motif sebenarnya aku mimpikan dea ha? memang betol2 bigung nie kita ta ingat mimpi tentang ape tapi dalam mimpi tu dea ade lha.
Ya allah berikan petunjuk kepada hambamu ini ape maksud sebenar mimpi nie hambamu bigung.Seriuz lepas mimpi kan dea selalu teringat dea adoyaiii betol2 bigung lha.Mandi ta basah,tidor ta lena dan makan pon ta lalu macam2 lagi lha huhu kehidupan aku sekarang da semakin ta tentu hala dah hoho :(
:D lagu kat bawah macam ade kena mengena jer dengan aku lha ok layan jer lha. ;)


Lirik Lagu Tuhan Jagakan Dia – Motif Band

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku





...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/