Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, January 30, 2012

Dengarnya Tony Jaa berlakon KL Gangster 2?

                     assalamulaikum para blogger semua hari ini aku nak cerita sikit pasal berita tentang tony jaa Peminat semua filem KL Gangster yang muncul filem Melayu paling berjaya di pawagam sehingga kini tentunya bersorak riang apabila baru-baru ini produser Datuk Yusof Haslam daripada Skop Production mengumumkan KL Gangster 2 pula akan dikeluarkan tidak lama lagi. Filem pertama dulu berjaya memungut kira-kira RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 panggung di seluruh negara. Kali ini, berapa la pula pungutannya nanti? Kita pakat tunggu tahun ini ya.
Khabarnya, ia bukanlah filem susulan, sebaliknya kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama. Maknanya, filem prekuellah tu. Dan, ia juga lebih hebat apabila kos penerbitannya pun mencecah RM3 juta.
Kalau tidak silap aku, ramai pelakon asal yang muncul dalam KL Gangster akan kembali menghangatkan filem kedua ini. Antaranya ialah Aaron Aziz, Syamsul yusof, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar dan Zizan.
  lepas itu aku ada terdengar khabar angin mengatakan, pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa pun akan diundang sama memeriahkan filem itu? Biar betul?
Kalau benarlah apa yang aku dengar ini, maka nilai komersial filem kedua ini tentulah bertambah lagi. Kita semua bukannya tak kenal siapa Tony Jaa. Dia kan bintang lasak cukup hebat yang menggegarkan pawagam setiap kali muncul dengan siri filem Ong Bak.


                                                          Tony Ja 

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Saturday, January 21, 2012

Nik Aziz Nasihat Apex Kahwin Cepat!

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pemain bola sepak yang sedang mencipta nama Khairul Fahmi Che Mat supaya cepat melangsungkan perkahwinan bagi mengelak terlibat dengan gejala sosial sehingga boleh menjejaskan nama baik dan masa depan kariernya.

Beliau berkata Islam mengajar umatnya supaya berkahwin kerana dengan cara itu dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat yang ditegah agama Islam.

Nik Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas majlis kesyukuran naik rumah baru sumbangan kerajaan Kelantan kepada penjaga gol kebangsaan berusia 22 tahun itu ekoran kejayaannya mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan bola sepak.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan negeri memperkenalkan program perkahwinan ‘gerbang Az-ziwaj’ dengan menawarkan bantuan RM1,000 kepada golongan remaja yang kurang mampu sebagai belanja mas kahwin bagi menggalakkan mereka berkahwin cepat.

Katanya, atlit juga perlu menjauhkan diri daripada pengaruh dadah bagi mendapat kekuatan luar biasa dalam mengejar kejayaan kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan kesihatan malah menjejas masa depan mereka.

Kerajaan Kelantan menghadiahkan sebuah rumah di Pengkalan Chepa bernilai kira-kira RM200,000 kepada Khairul Fahmi, yang membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 ketika menentang Indonesia.Semalam, beliau dilaporkan tersenarai dalam kategori Penjaga Gol Terbaik Asia 2011.Semalam, beliau dilaporkan tersenarai dalam kategori Penjaga Gol Terbaik Asia 2011.


Sebelum ini, kerajaan negeri menghadiahkan sebuah rumah kepada pelajar miskin pintar, Nik Nurmadihah Nik Mohd Kamil, yang mendapat kejayaan cemerlang 20A dalam peperiksaan SPM pada 2008.

Nik Aziz berkata Kelantan akan terus memberi sumbangan hadiah kepada rakyatnya yang cemerlang dalam sesuatu bidang dan mampu mengharumkan nama negara serta negeri ini.

Katanya, mereka yang berjaya Nik Nurmadihah dan Khairul Fahmi boleh menjadi idola kepada golongan muda.

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Penyanyi izwan pilus meninggal dunia

berita terbaru
Penyanyi Izwan Pilus, 33 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Maklumat tersebut disahkan oleh adiknya Aril sebentar tadi menerusi Twitter. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (sepsis) yang serius.

Izwan dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 malam kelmarin selepas mengalami demam kuning.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibu-bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta saudara maranya serta beberapa rakan baik.

Penyanyi itu lahir pada 24 November 1979. Jenazah, dibawa pulang ke Melaka malam tadi dan akan dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka, jam 10 pagi ini.

Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak penghujung November tahun lalu selepas mengalami masalah deman berpanjangan dan pihak hospital mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darah.

Izwan anak kedua daripada empat beradik juga abang kepada penyanyi Aril bintang AF7, bagaimanapun didapati sihat selepas dibenarkan keluar hospital sebelum keadaan kesihatannya kembali terjejas sejak 2 minggu lalu.

Antara rakan artis yang hadir melawat jenazah Allahyarham ialah Akim AF, Hafiz AF, Kencana Devi, Azza Elite, Roslan Shah dan ramai lagi. Turut hadir ialah rakan persekolahan dan universiti Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

dan tak lupa 1 lagi lagu izwan pilus yang dulu penah menjadi favorite ku dulu memang top la lagu nie :)




...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/