Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, December 31, 2012

Tip CINTA : 5 JENIS LELAKI YANG ANDA PATUT PUTUSKAN HUBUNGAN




Assalamualaikum ok hari ni nak kongsikan tentang
Tip Cinta tapi sebelum tu klik Sini dulu okey ^ ^


cintaaa



1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.
2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.
3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.
4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.
5 – Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
P/S : Semoga ia bermanfaat untuk anda semua yang berada dialam percintaan =)




...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Sunday, December 30, 2012

Segmen up follower dengan sepantas kilat II



                                                Assalamualaikum ^ ^
                             



klik banner atas untuk join!!


eh korang jomlah join segmen ni kata nak tambah follower banyak kat blog ?tak gitu kn^ ^
BELOM COBA, BELOM TAW !






...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Apakah Solat Itu Semestinya Di Atas Sejadah?










                                                          Assalamualaikum ^ ^
                                                          
            Sebelum kita bincangkan klik sini .Kebiasaan kita tetap solat di atas sejadah atau lampiran permaidani menyebabkan adakalanya timbul keraguan di hati fikiran apabila berhadapan dengan suasana bersolat tanpa sejadah. Contohnya ialah solat dalam pesawat yang tidak disediakan sejadah dalamnya oleh pihak penerbangan atau solat di atas lantai yang tidak dihampar permaidani bersih atau solat di bangunan terminal lapangan terbang yang tidak dilengkapi dengan surau. Beberapa contoh ini menyebabkan kita tiada punya pilihan kecuali solat tanpa beralaskan dengan sesuatu. Maka persoalan yang timbul - Adakah sejadah atau alas lapik untuk bersolat di atasnya itu satu kewajipan hukum atau adakah penjelasan lain di sebaliknya ?
Sebenarnya solat di atas sesuatu alas lapik hanya merupakan satu anjuran sunnah dan ia tidak lebih dari itu. Dikatakan ia sebagai anjuran kerana al-Qur'an dan as-Sunnah tidak pernah mewajibkan umat untuk bersolat di atas sesuatu, malah sumber nas  menerangkan bahawa umat Islam boleh bersolat di mana sahaja di bumi ini seluruhnya. Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda:Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air.
Dalam satu hadith lain beliau juga telah bersabda: Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana sahaja ia dapat.  Ditambahi lagi oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bahawa keseluruhan bumi ini adalah masjid untuk umatnya dengan sabda beliau: Di mana sahaja kamu dapati solat maka kerjakanlah ia. Semua tempat adalah masjid (bagi kamu).
Dikatakan bahawa solat berlapik itu adalah suatu sunnah yang dianjurkan kerana Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah bersolat di atas sehelai tikar sebagaimana yang diterangkan oleh isteri beliau - Maimunah radiallahu-anha: Beliau (Nabi) mengerjakan solat di atas sehelai tikar yang kecil yang dianyam dari pelepah-pelepah kurma (al-Khumrah).Malah di dalam satu riwayat lain dari A'isyah radiallahu-anha, Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah meminta agar dibentangkan tikar untuk dia bersolat di atasnya.Jikalau tiada tikar yang tersedia khas maka adakalanya beliau bersolat sahaja beralaskan pelepah kurma sepertimana terang Hudzaifah al-Yaman radiallahu-anhu: Satu malam di bulan Ramadhan (aku melihat) Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam solat dalam sebuah bilik yang berlantaikan pelepah kurma.
Jikalau tiada sesuatu untuk dijadikan pelapik maka memadai di alas tempat sujud sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat dalam hadith berikut: Kami sering bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di waktu panas terik. Apabila seseorang di antara kami tidak kuat untuk merapatkan mukanya ke bumi (kerana tanah yang panas), dia menghamparkan kainnya lalu bersujud di atasnya. Jikalau tiada langsung alat atau sesuatu untuk digunakan sebagai alas untuk bersolat maka dibolehkan solat terus di atas permukaan yang dipijaknya. Baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah solat di atas tanah sekalipun ia dalam keadaan becak dari kesan hujan sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Said al-Khudri radiallahu-anhu: Pada suatu malam hujan turun dengan lebat sehingga basah tempat solat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Ketika berdiri dari solat subuhnya (iaitu selesai solat), aku melihat wajah beliau terkena kesan-kesan air dan tanah.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa pengecualian terhadap tempat-tempat yang dibolehkan solat di atasnya. Solat adalah ibadah yang paling mulia di sisi agama dan dengan itu sudah tentu dilarang perlaksanaannya di tempat-tempat bernajis atau kotor. Umar al-Khattab radiallahu-anhu menerangkan dalam hadith berikut: 
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam melarang seseorang mengerjakan solat di tujuh tempat - 
(1) tempat pembuangan sampah.
(2) tempat penjagaan dan penyembelihan binatang.
(3) di kawasan perkuburan, (4) di tengah jalan.
(5) di tempat / bilik mandi. 
(6) di tempat pertambatan unta.
(7) di atas Ka'abah.   

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli fiqh mengenai hadith di atas. Ada yang memandang ia sebagai satu larangan yang tidak sampai ke tahap haram manakala ada yang memandangnya sebagai sesuatu yang haram secara mutlak. Selain itu ada yang berpendapat tempat yang kotor atau bernajis di atas seperti kawasan pembuangan sampah, penyembelihan haiwan dan di tengah jalan - dibolehkan solat dalamnya apabila ia dilapik dengan sesuatu alas manakala ada pendapat lain yang berkata itu semua tetap juga tidak boleh. Di antara beberapa pendapat ini yang terbaik ialah seharusnya kita berusaha sekuat mampu untuk mengelak diri dari bersolat di tujuh tempat terlarang tersebut.
Kesimpulan dari himpunan dalil-dalil di atas menerangkan kepada kita bahawa boleh mendirikan solat di mana-mana kecuali di beberapa tempat tertentu yang kotor atau bernajis atau tidak sesuai bagi menempatkan amal ibadah yang mulia ini. Solat di atas sejadah atau apa-apa bentuk alas dan lapik adalah merupakan satu sunnah yang baik untuk kita teladani tetapi ianya tidaklah mencapai taraf hukum yang mewajibkan. Apabila seseorang itu mencari tempat untuk bersolat dalam pesawat terbang atau di terminal lapangan terbang atau di mana-mana lain maka perhatikanlah garis petunjuk yang diberikan oleh dalil-dalil di atas.
Kebiasaannya ruang yang agak luas untuk kita bersolat dalam pesawat terbang ialah berhampiran pintu pesawat dan di situ adalah tempat keluar masuknya orang ramai ketika di terminal dan ia nyata tidak bersih. Maka oleh itu sebaiknya kita mempersiapkan sehelai sejadah dari rumah sebelum memulakan penerbangan. Jikalau tiada atau terlupa maka gunalah selimut terpakai, surat khabar atau apa-apa lain yang boleh dicari. Alas sapu tangan atau kertas tisu tebal adalah juga mencukupi bagi dibentang atas tempat yang akan disujud, bersandarkan perbuatan para sahabat dalam salah satu riwayat di atas.
Selain itu lokasi ruang untuk solat dalam pesawat selalunya berhampiran dengan bilik air; malah adakalanya seseorang itu terpaksa terus menghadap bilik air untuk solat, samada kerana arah qiblat ketika itu sememangnya di sana atau tiada ruang lain untuk menukar arah solat. Maka dalam hal ini ketahuilah bahawa larangan solat menghadap bilik air hanyalah merupakan ijtihad orang sebagai menghormati kemulian ibadah solat dan ia bukanlah tegahan yang berasalkan sumber nas. Oleh itu jikalau tiada pilihan atau alternatif lain maka teruslah solat berhampiran bilik air sekalipun terpaksa menghadapnya.
Solat di bangunan terminal yang tidak bersurau adalah juga mirip kepada penerangan di atas. Seseorang itu harus mencari tempat yang paling bersih menurut perkiraannya dan kemudian mengalas tempat tersebut dengan apa-apa yang mampu diusahakan. Sebolehnya carilah tempat yang dipenjuru atau tersorok dengan mengelak tempat yang menjadi laluan orang ramai sebagaimana hadith larangan di atas.
Jikalau tetap gagal mencari tempat yang bersih atau gagal menutupinya dengan alas yang memadai setelah diusahakan sekuat mampu maka seseorang itu tetap wajib solat seperti biasa. Hanya sahaja kaedah sujudnya yang sedikit berbeza, iaitu bahagian muka tidak disentuhkan ke permukaan. Dalam erti kata lain, seseorang itu sujud seperti bentuk dan posisi yang biasa dengan kedua lutut dan tangannya mencecah permukaan manakala mukanya direndahkan semaksima mungkin tetapi tidak sehingga mencecah permukaan. Pendapat ini dihujahkan kesahihannya oleh Imam Ibnu Hazm dan ia didokongi juga oleh ahli-ahli fiqh mutakhir seperti Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie dan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili.
Seseorang yang telah berusaha sekuat daya tetapi tidak mampu menemui tempat solat yang bersih atau alas solat yang memadai maka dia tetap wajib mendirikan solat-solat fardhunya itu dalam suasana sebegini dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut di lain masa kerana dia dipandang sebagai menghadapi situasi keuzuran agama yang nyata. Demikian menurut majoriti para fuqaha. Hanya sahaja perlu dipastikan dengan ikhlas bahawa dia telah benar-benar berusaha mencari tempat solat yang bersih dan kekotoran yang wujud itu adalah benar-benar jijik dan bernajis besar, bukan semata-mata lintasan hati yang ragu-ragu atau mencari helah kemudahan. Walaubagaimanapun sebagai analisa perbandingan, qaul yang asah dari Mazhab Shafie menerangkan bahawa seseorang itu wajib mengulangi solat tersebut apabila dia berjaya menemui tempat yang bersih di kemudian masa atau ketika.



P/S:  Mendirikan solat dengan beralaskan sesuatu seperti sejadah adalah suatu perbuatan sunnah yang baik untuk diikuti tetapi ianya tidaklah wajib.


...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata



Assalamualaikum

                                      Sebelum                                       Selepas

                                                                   

Rutin yang memerlukan anda bekerja di depan komputer, kurang tidur dan kekurangan nutrisi akan menyebabkan mata letih. Bila hal ini berterusan, kesan lebam bawah mata pun mulai muncul.


Bilamana lebam bawah mata tu mula kelihatan, anda tentu panik, kan? Segan pun ada gak. Tapi nak buat camne, anda sendiri yang mengabaikan kesihatan mata.

Bila bekerja di depan komputer, susah nak berhenti. Walaupun sekejap aje. Secara tak langsung, anda sebenarnya memaksa mata untuk terus bekerja. Mata anda pun tahu letih gak.

Jika terus dipaksa, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak darah yang ada di kawasan bawah mata, itu yang membuatkan warnanya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit muka yang lain

Justeru, untuk hilangkan lebam bawah mata yang kelihatan, anda amalkanlah beberapa perkara;

1. Banyakkan meminum air kosong.



Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2. Makan sayur-sayuran hijau

Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.

3. Gunakan timun atau tomato

Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.

Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?

P/S: Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.


...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Saturday, December 29, 2012

Sahabat Sejati








assalamualaikum


SAHABAT SEJATI
Sahabat sejati bukan barang permainan...
Apabila cantik boleh dibeli...

Apabila buruk ianya dibuang....
Tetapi sahabat sejati adalah untuk selamanya...
Sahabat sejati memang sukar dicari...
Walaupun beribu kawan yang kita miliki....Tetapi sahabat sejati yang paling istimewa...

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Segmen Khas Rakan Bloglist Bersama OhGosip Arti




assalamualaikum,





jom lah semua para blogger join segmen ni bersama
 sambil tu bolehlah menang hadiah yang berkonsep
top-up ^ ^









...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Segmen Follow Saya Follow Awak Like Saya Like Awak By Natasha & Nabila




                            Assalamualaikum jom join sambil tu support blog kawan kita ni ^ ^





Link fanpage :-


...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Tip merawat selesema




                           
                                     
                                 





assalamualaikum
Selesema membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika korang menghidapi selesama, cubalah mana-mana Tip di bawah ini untuk mengatasi merawat selesema.




1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.

3) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

4) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.




P/S:Nak lebih baik pegi klinik jer sebab semua tip diatas ini orang dulu2 guna pakai (^_^)



...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/