Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, July 30, 2012

Berbuka Puasa di Masjid Al-Azim




Asslamualaikum w.b.t.
dan salam sejahtera khususnya kepada semua bloggers,
petang tadi aku berbuka puasa kat masjid al-azim alhamdulillah
ramai juga yang hadir berbuka bersama-sama antaranya adik abang, akak, pakcik ,makcik
atok dan nenek dan ramai lagi lah. Jika korang mahu menikmati suasana berbuka puasa yang
lebih afdal berbukalah di masjid tak gitu!kan bukan aku tak bagi korang semua berbuka puasa
kat rumah tapi dengan berbuka kat masjid ni dapat mengeratkan lagi ukhwah fillah bersama masyarakat
disamping tu dapat juga pahala extra..






haha sempit juga aku ambik gambar ye!! (^_^)










...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Saturday, July 28, 2012

Cinta yang terlampau romantik



salam sejahtera kepada para blogger baca tak tajuk
entry atas haha jiwang jugak aku hoho!!




ni nak tanya ni adakah anda seorang yang romantik?



1.Orang yang romantik selalunya meminati cerita yang berkaitan dengan cinta dan perasaan dan menonton cerita tersebut lebih daripada 5 kali.

2.Orang yang romantik biasanya akan mengucapkan sayang kepada pasangannya lebih daripada 7 kali seminggu.
3.Orang yang romantik mudah menangis jika melihat pasangannya bersedih dan sebagainya.

4.Orang yang romantik takut bersendirian.Tidak mahu ditinggalkan pasangannya dalam jangka masa yang
lama.
5.Kebiasaannya,orang yang romantik amat setia kepada pasangannya

6.Orang yang romantik kurang berkata-kata tentang perasaannya,tetapi ingin difahami.

7.Orang romanik suka mengambil perihal makanan kesukaan pasangannya.

8.Lelaki romantik biasanya kurang berkata-kata,tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga dan tidak
mengabui mata wanita dengan kata-kata yang indah.
9.Lelaki romantik selalunya ikhlas meminta maaf jika membuat kesilapan kepada pasangannya.Tetapi lelaki
romantik jarang melakukan kesilapan depan pasangannya.

10.Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita.Sebaliknya menjaga kehormatan dan amat menghormati wanita.






...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Gambar Kreatif Yang Unik




Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat para blogger sekalian
tadi aku search dekat google sekali terjumpa gambar sangat kreatif pandai betol
dorang buat ni kan sememangnya kreatif thumbs up !!!





















1 jer nasihat daripada aku Imaginasi itu perlu bagi merangka suatu bentuk daya imaginasi yang kreatif. Maka,
kita akan dapat menghasilkan satu benda kreatif yang kita sendiri tak dapat menjangkakannya.



...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Wednesday, July 25, 2012

Tip hilangkan Sakit Gigi




Assalamualaikum
Kebanyak orang mesti penah melalui pengalaman sakit gigi tak? .Memang terseksakan bila sakit gigi .Saat sakit gigi tu datang,rasanya macam nak hentak-hentak kat tempat sakit tu untuk hilangkan rasa sakit.. Padahal,bila dihentak makin sakit ..padah!!





Anda sering sakit gigi tak apa jangan risau ada penawarnya hoho.okey ^ ^


  • Bunga cengkih – Ambil 3 kuntum bunga cengkih dan gigit menggunakan gigi yang sakit itu. Sekiranya gigi yang sakit itu berlubang, ambil bunga cengkih tersebut kemudian tumbuk dan masukkan dalam lubang tersebut. Jangan lupa tutup dengan kapas. Dengan izin Allah, rasa sakit tu akan berkurangan.. InsyaAllah..
  • Belimbing buluh – Makan belimbing buluh bersama garam untuk menhilangkanrasa sakit gigi. Rasa masam buah belimbing buluh ni mujarab untuk meredakan kesakitan yg anda alami.
  • Bawang putih – Ambil seulas bawang putih dan hiriskan nipis-nipis. Kemudian tempek pada gigi yang sakit. Biarkan selamalebih kurang 1 jam.
  • Daun lidah buaya – Untuk merawat gigi, ambil isinya dan letakkan pada gigi yang sakit. BIarkan selama dua hingga tiga jam..
  • Garam – Garam ni digunakan untuk mencegah. Kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Amalkan cara ini untuk dapatkan gigi yang sihat. Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi ketika hendak menggosok gigi setiap pagi atau sebelum tidur. Kaedah ni gigi akan lebih putih dan bersinar-sinar.
Harap2 dapat membantu korang ye

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Tuesday, July 24, 2012

Jangan berbuka puasa mengikut nafsu

Assalamualaikum wbt.

ape macam puasa dah masok 4 hari dah berpuasa kejap jer mase berlalukan.
Ibadah puasa sebenarnya boleh membantu menjaga kesihatan termasuk mendapat dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Dengan kata lain, puasa boleh membantu menguruskan badan. Puasa kini bukan sahaja diamalkan oleh penganut agama Islam, ia sudah mula mendapat perhatian penganut agama lain.

Bagi kita puasa sudah menjadi sebahagian daripada kewajipan yang perlu kita laksanakan namun bagi mereka yang bukan beragama Islam, mereka menganggap puasa adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Puasa dan kesannya terhadap berat badan memang ketara jika kita mengamalkan puasa yang sebenarnya dan mengikut aturan makan terutamanya sewaktu berbuka puasa dan bersahur dengan betul seperti yang disarankan dalam Islam.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui amalan berpuasa ini, kita jangan mengambil makanan mengikut nafsu sebaliknya ambillah makanan mengikut keperluan tubuh badan. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu. Anda dinasihatkan mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang mengandungi nilai kalori yang tinggi, berlemak dan berkarbohidrat juga perlu dielakkan.




berbukalah puasa dalam keadaan sederhana jangan terlampau2 sampai membazir sesungguh nya membazir tu adalah amalan syaitan nauzubillah min zalik..

selamat berpuasa ^ ^

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Monday, July 23, 2012

AIS KRIM GORENG




Assalammualaikum macam mane puase ok tak masok ni dah 3 hari berpuase sekejap jer mase berlalukan
bace tak tajuk atas ni sebelom tu SINI .ok bebalik pada tajuk tentang ais krim goreng perghh memang
sedap gile2.Lagi2 bulan puasa ni memang terleleh airliuh jer bila melihatnya ye..







Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak untuk mengoreng

  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
Apalagi buat lah aiskrim goreng kita dah bagi resepi tu ^ ^


...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Sunday, July 22, 2012

Pasang fitur 'chat' di Twitter



Asslamualaikum wbt
kali ini nak bagitahu tentang 1 aplikasi baru bagi pengguna twitter
yaitu chatting ingat FB jer ke ada Twitter pon dah ada lha ok



1. Pergi ke http:bonfire.im/extensions/ dan tekan butang install extension.

2. Kalau dah install terus sahaja ke https://twitter.com/ dan mula chatting di twitter.

3.Jangan lupa gunakan button Invite People to bonfire.im" yang disediakan untuk mengajak kawan-kawan menggunakan aplikasi ini untuk chat di Twitter.

huhu jangan lupa gak follow saya di SINI Pasni boleh chat same2 dengan saya di twitter.
okey Peace(Y).


...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Saturday, July 21, 2012

Kenali Pengasas Makanan Dunia


Assalamualaikum jom same2 kenali pengasas
makanan dunia sebelum tu klik SINI





1.KFC 1955 - Amerika Utara
Kolonel Harland Sanders ( 1890 )

2. Nestle 1866 – Germany
Henri Nestle (1814 – 1890)

3.Pepsi 1890 – USA
Caleb Davis Bradham (1867 – 1934)


4. Lipton 1908 – UK
Sir Thomas Sullivan Lipton (1848 – 1931)

5.Ferrero Rocher 1946 – Italy
Pietro Ferrero


6.Kellogg’s 1906 – USA
W.K. Kellogg (1860 – 1951)

Coca-cola 1888 – USA
John Pemberton (1831 – 1888)

Mac McDonald's 1953 - California
Dick dan Mac McDonald

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Tutorial : Letak background,border dan buat hover pada blockquote


okey tutorial kali ni siap ada background,border dan
hover sekali jom belajar step by step okey.

Step 1 : Background pada blockqoute

1.Log in -Dashboard -Design -Edit HTML

2. Tekan Ctrl + F untuk cari perkataan di bawah

.post blockquote {

3. Then,copy kod di bawah dan pastekan di bahagian bawah perkataan .post blockquote { tadi k


background-image:url(URL GAMBAR);

Tulisan warna biru tu korang letak url gambar korang okey.

Sekarang sudah siap background pada blockquote okey.

Step 2 :Border dan hover pada blockqoute

1. Caranya sama seperti Step 1 cari perkataan tadi .post blockquote {

2. Kemudian copy dan pastekan kod di bawah di bahagian bawah perkataan tadi k.


background:url(URL BACKGROUND
); padding:5px;
Border:2px dashed #FFFFFF;
colour: #FFFFFF}
blockquote:hover {
background: url(URL BACKGROUND
) repeat right bottom ;
border:2px dashed #FFFFFF;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
}


-Tulisan warna biru tu korang letak url background blockquote korang yg korang buat tadi di Step 1.
-Tulisan
ungu korang boleh ubah untuk ketebalan border (2px dah okey)
-Tulisan merah korang boleh ubah nak solid ,dashed ,dotted untuk border.
-Tulisan hijau korang letak kod warna pilihan korang k.Cari di SINI
-Tulisan pink tu untuk hover iaitu bila sentuh berubah background.korang letak la url background korang kat situ.kalau nak berbeza ngan background sebenar cari yg lain k.
-Tulisan oren tu hover jugak tp tuk border iaitu bila sentuh berubah border lain..korang pilih la nak solid,dashed atau dotted.
-Tulisan hitam tu korang boleh tukar nak border macam mana.Cari di SINI
3. Sudah selesai,PREVIEW dulu! Bila jadi baru SAVE ok!


...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Tutorial :Penggunaan blockquote

Assalamualaikum Tutorial untuk kali ni untuk sesiapa
yang dah buat blockqoute ok..


ok sekarang ni daus nak ajar macam mana cara nak guna blockqoute ni
tengok bawah ni


Korang pegi dekat new post korang dulu oke
1. Korang highlight ayat yg korang nak buat blockquote
2. Then,korang klik button yg aku tunjukkan nombor 2 tu..
3. Lepas tu publishlah dan korang akan dapat hasilnya.

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Simple Giveaway By Shafri



Asslamualaikum
jom join segmen bawah ni

tekan banner ni untuk join bersama2 ^ ^oke





...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Tutorial : Letak Link Dalam Post (TAG ORANG)


Asslamualaikum apa macam puasa ok .Tutorial kali ni tentang letak link
dalam tulisan sebelum tu klik SINI . Korang tahu tak ? aiceh yela mungkin ramai dah tahu
kan tapi taper daus ajar siapa yang tak tahu lagi okey.

1. Korang type entry korang macam biasa..

2. Then , korang highlight kan nama yang korang nak link tu.

Contoh macam ni :





3.Lepas tu copy blog url mana2 yang korang nak"link blog"

4.Then cari perkataan link dan klik perkataan link tu dan akan menjadi macam ini



5. Paste kan URL tadi di ruang itu.

6.Dah siap . Klik OK.

7.Siap.



...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Khasiat Buah Kurma


Assalamualaikum

USAH ditanya lagi tentang khasiatnya kerana ramai yang sudah mengakuinya. Diperkenalkan oleh masyarakat Arab sejak idea perdagangan mula menghubungkan tamadun manusia, kurma dan madu kini menjadi makanan tambahan yang semakin digemari.
Percaya atau tidak itulah hakikatnya. Kurma Ajwa dan madu Sidr misalnya mengandungi khasiat sebagai penawar dan mencegah pelbagai penyakit.

1. Kesihatan

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

2. Kecerdasan Dan Kecergasan

Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26: “Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. Keperibadian.

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.
“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. Keberkatan

Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

Memang banyak khasiat kurma ni pasni rajin2 lah makan kurma ea.^ ^


...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/