Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, August 2, 2012

3 Fakta Mengenai Orang Yang Menggunakan Tangan Kiri vs Tangan Kanan


Assalamualaikum w.b.t.

Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan
tangan kiri atau tangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.



Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.


Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.


P/s: Hihi aku menulis guna tangan kiri so tahap IQ aku tinggilah kan haha entahlah tapi kalau nak berjaya kena berusaha okey .Rasanya tak kisah lah korang menggunakan tangan kiri atau kanan, apa yang penting gunakanlah tangan anda dengan bijak dan berusahalah ye..


...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/