Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.
Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.
P/s: Hihi aku menulis guna tangan kiri so tahap IQ aku tinggilah kan haha entahlah tapi kalau nak berjaya kena berusaha okey .Rasanya tak kisah lah korang menggunakan tangan kiri atau kanan, apa yang penting gunakanlah tangan anda dengan bijak dan berusahalah ye..
Suka tgok org tulis,masak,buat kerja ngan tgn kiri, kdg saje ngada2 guna tgn kiri tp kekokok gilerr, org tgn kiri ni kebanyknnya cerdik dan kritif.. tp tak sumelaa.. ^_~
ReplyDeletekan2 haha..sebenarnya tak kira tgn kiri ker tgn kanan setiap manusia pasti ade kelebihan masing2..tinggal kena berusaha lah ^,^
Deletesame goes with me :D
ReplyDeletekidal...haha~
semua perkara yang berlaku ada sebab dan musababnya..
salam ramadan =)
same way like me too :)
ReplyDeleteuntung-2 ! haha