Terdapat pepatah dalam bahasa Melayu yang berbunyi 'Masa Itu Emas'. Dalam masyarakat Arab pula, popular dengan pepatah 'Masa itu pedang'. Manakala dalam Al-Qur'an sendiri terdapat satu surah yang bernama Surah Al-Asr. Makna Al-Asr adalah masa atau pun waktu asar. Semuanya menggambarkan bahwa masa itu teramat penting dan kalau orang yang mensesia masa walau sedetik pun dianggap rugi, pemalas dan tidak tahu bersyukur.
Persoalan yang sering dikatakan mengapa manusia suka membuang masa? Mereka juga tidak suka menepati masa yang telah ditetapkan, Tidak kira apa pangkat dan kedudukan mereka berada, perangainya tetap begitu. Walau pun kata-kata begini amat pahit untuk diterima, tetapi ianya perlu diakui kerana hakikatnya memang begitu.
"HARGAILAH MASA ANDA KERANA MASA YANG BERLALU TIDAK AKAN KEMBALI"
...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...
0 nasihat :):
Post a Comment