Assalamulaikum semua,apa cam cuti?..best haha cuti suda abes bro da nak buke sekolah da esok kan.Pasni da tak boleh da on9 selalu time cuti jer bole dan hari minggu jer da nak kena belajar sungguh2 hurm :( . Ape pon ada benda aku nak sampai kat korang semua 1 topik panas trend remaja sekarang topik memang panas tapi ni hakikatnya ini remaja zaman sekarang.
Trend pemuda suka pakai seluar ketat Konon nak tunjuk gaya mereka hebat Ada juga yang gila judi percayai unsur khurafat Bila kalah berjudi tali kasut tidak berikat Rambut pula jarang tersikat Dan akhirnya hidup merempat dan melarat.
Trend wanita pula suka pakai mini sekerat Suka pada pakaian ketat Berani dan ekstrim tunjukkan pusat Sehingga tak peduli batasan aurat Pakai pula yang singkat-singkat Apatah lagi yang sendat-sendat Kadang-kadang sampai Nampak yang tersirat Siapa yang melihat pasti tercegat Terlebih gaya menjadi gawat Semakin berkembanglah bohjan bohsia yang dahsyat .
Awal perkenalan duduk jauh berates surat Bila berjumpa tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk erat-erat Hinggakan nafas naik tersekat-sekat.
Masa itu usah dipeduli agama dan adat Mereka tak takuti Allah dan malaikat Apa yang mahu dibuat ayuh dibuat Masing-masing mahu tunjuk siapa yang kuat Akhirnya perut kempis menjadi bulat Cukup hari bulan lahirlah anak yang tak cukup sifat Kerana malu sanggup membuang dimerata tempat.
Tibalah giliran syaitan dan iblis melompat-lompat Tanda menyaksikan manusia dah masuk jerat Tanda kemenangan manusia telah tersesat Inilah reality fenomena masyarakt.
Oleh itu, wahai saudara dan para sahabat Marilah kita berganding berpakat Untuk saling mengingat Hidup ini semakin singkat Esok lusa kita akan hadapi hari kiamat Sampai saat kia akan dijemput untuk berangkat Untuk menuju ke tempat kekal abadi.
Di sana kita nanti akan ditanya apa yang kita buat Masa itu sendirilah mahu ingat Apa ibadah yang kita buat Sumber rezeki mana yang kita dapat Adakah ilmu kita manfaatkan Jadi sebelum usia kita tamat Sebelum kita terlambat Marilah segera tinggalkan maksiat Segeralah kita bertaubat Perbanyakkanlah amal ibadat kita Moga hidup ini diberkati.
Tweet
remaja penentu mase depan.. ;)
ReplyDelete