Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, January 1, 2013

Rahsia Ayat Tersirat Wanita




Assalamualaikum hari ini terasa nak kongsi Ayat Tersirat Wanita yang perlu korang tahu tapi 
sebelum tu klik sini dan sini .Kenalilah wanita yang berada di sekeliling korang. Di sini disenaraikan beberapa ayat-ayat tersirat yang selalu digunakan oleh wanita. Walaubagaimanapun.. mungkin tak semua sebegini  tapi majoriti lebih kurang lah… ;-)

Kalau wanita bertanya: Lawa ke budak perempuan tu? 
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? Aku ke, budak perempuan tu? 

Kalau wanita bertanya: Awak dah makan ke belum? 
Makna tersembunyi: Jom pergi makan. Lapar ni! 

Kalau wanita berkata: Lawa-lawa la baju kat sini... 
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk aku. 

Kalau wanita berkata: Rasa macam nak pening la. 
Makna tersembunyi: Tolongla picit kepala. 

Kalau wanita berkata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... 
Makna tersembunyi: Makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali. 

Kalau wanita berkata: Kita lebih sesuai berkawan saja. 
Makna tersembunyi: Aku tak nak kat kau. Tak paham-paham ke?!

Kalau wanita berkata: Saya suka berkawan dengan awak. Awak baik, memahami …bla bla bla... 
Makna tersembunyi: Minat sesangat kat awak la... Rasa macam nak jadi awek awak je. 

Kalau wanita bertanya: Awak pernah tak teringatkan awek awak yang dulu? 
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. 

Kalau wanita berkata: Saya sanggup berkorban demi kebahagiaan awak. 
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, korang dua ekor yang seronok. 

Kalau wanita berkata: Saya tak kisah kalau memang betul awak nak kahwin lagi satu. Asalkan awak berterus-terang dengansaya, bersikap jujur dan berlaku adil. 
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.





P/S:Untuk kaum adam korang kena pandai menilai dan memahami keadaan perasaan seseorang wanita tu  ^ ^





...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

0 nasihat :):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/