Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, June 30, 2012

Tip Belajar Berkesan


Assalamulaikum dan selamat sejahtera khususnya kepada para blogger. Hari aku nak kongsikan sikit kepada semua pelajar menghadapi peperiksaan UPSR,PMR, SMA/SMU dan SPM ada beberapa tip dan teknik belajar dengan cara yang berkesan.
  • Semasa di kelas,berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
  • Dengar apa yang guru sampaikan dengan teliti.
  • Tidak bercakap atau berbual-bual semasa guru mengajar.
  • Buat latihan dan tugasan yang guru berikan mengikut masa yang telah ditetapkan.
  • Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
  • Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
  • Membuat latihan-latihan yang di sediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
  • Memahami apa yang dibaca.
  • Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
  • Menggunakan kaedah ,simbol,dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
  • Belajar menggunakan komputer untuk mendapat kefahaman tambahan.
  • Bagi sesetengah pelajar,mereka kerap mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
  • Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
  • Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
  • Meneliti dan menganalisi trend soalan-soalan peperisaan yang lalu.
  • Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
  • Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.






...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

2 nasihat :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/