Assalamualaikum ^ ^
dahulu waktu kecil, selalu nampak dalam tv orang berlakon kene penyakit ni. Orangnya mesti kepala tak berambut, dan muka pucat. Tapi sekarang ni, memang jelas, orang orang penghidap lukaemia ni memang mempunyai penampilan sebegitu. Sungguh kasihan melihat mereka.
Apakah itu leukemia?
Leukaemia (leukemia) merupakan satu penyakit kanser yang melibatkan pertambahan sel darah putih dalam badan manusia. Penghidap penyakit leukemia mempunyai begitu banyak sel darah putih, namun darah putih yang dihasilkan ini tidak matang dan penghidap tidak mampu melawan penyakit, walaupun penyakit yang biasa dihadapi oleh orang ramai.

Sewaktu penyakit ini mula terjadi, penghidap leukemia akan menghadapi masalah pertambahan sel darah merah yang melampau. Pertambahan sel darah merah berlaku hampir dua kali ganda (dari 5 000 000 per mikroleter) yang melampau membawa kepada peningkatan kelikatan darah (blood viscosity). Ini seterusnya membawa kepada rintangan darah yang tinggi, dan menyebabkan kerosakan jantung. Selain jantung, organ organ yang mempunyai jaringan salur darah yang banyak turut terjejas. Antaranya ialah salur darah di buah pinggang, kelenjar pituitari (otak) dan paru paru. Penghidap leukemia pada awalnya akan menghadapi masalah oliguria (kurang penghasilan air kencing) dan menghadapi masalah dalam mengawal atur paras hormon dalam badan.
Setelah masa berlalu, sel darah putih dalam penghidap leukemia mula membahagi dengan banyak dan cepatnya. Kita boleh bahagikan kepada dua golongan penghidap leukemia. Penghidap leukemia acute dan leukemia kronik. Dalam penghidap leukemia acute, sum sum tulang akan menghasilkan sel darah putih dalam kuantiti yang banyak dan tidak matang secara serta merta, menyebabkan para ahli Patologi berjaya mengesan penyakit ini dengan memerhatikan kewujudan hanya peringkat sel darah putih iaitu sel matang dan tidak matang, peringkat sel pertengahan tidak kelihatan di bawah mikroskop. Penghidap lukemia kronik pula menghadapi masalah pertambahan sel darah putih yang agak lambat, membolehkan ahli patologi mengesan kehadiran semua peringkat sel darah putih (tidak matang, pertengahan dan matang) di dalam darah, tetapi dalam kuantiti yang amat banyak.
Akibat badan terlalu tertumpu menghasilkan sel darah putih, kesannya ialah badan kurang menghasilkan sel darah merah dan platelet (yang digunakan untuk membekukan darah apabila seseorang terluka, mengelakkan pendarahan berterusan). Kekurangan sel darah merah ini dipanggil anemia, boleh menyebabkan badan berasa amat lemah dan muka kelihatan begitu pucat sekali. Walaupun pada peringkat awal penghidap leukemia mempunyai terlebih kandungan sel darah merah, namun di peringkat seterusnya, penghidap leukemia mempunyai kandungan sel darah merah yang berkurangan. Penghidap leukemia juga sering kali kelihatan lebam lebam pada muka dan badan mereka akibat pendarahan dalaman yang berpunca
daripada kurang kandungan platelet dalam darah.


0 nasihat :):
Post a Comment