Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, December 25, 2012

Susah tidur kenapa ?





Assalamualaikum




Gaya Hidup
Salah satu punca kenapa kita sukar untuk tidur di malam hari adalah disebabkan gaya hidup kita yang aktif atau gemar untuk bekerja di malam hari. Apabila hari mulai gelap, kita pun mulai aktif melakukan setiap kerja yang perlu dilaksanakan. Setiap individu mempunyai ruang waktu yang berbeza untuk selesa bekerja, ada yang gemar bekerja di waktu siang, ada pula di malam hari. Tanpa sedar, disebabkan perkara ini, kita cenderung untuk berjaga sehingga lewat pagi dan ini menyebabkan jam biologi kita terganggu, dan apabila kita cuba untuk tidur lebih awal pada hari kita tidak bekerja, kita akan menghadapi masalah untuk tidur.
Seandainya kita bekerja sendiri, ataupun memang syarikat kita memberi kelonggaran untuk bekerja mengikut masa kita, perkara ini bukanlah satu masalah, namun begitu, sekiranya kita bekerja makan gaji di siang hari, sedikit sebanyak pasti akan mengganggu produktiviti dengan gaya hidup sebegini. Cara terbaik adalah dengan menukar jam biologi kita, sedikit demi sedikit kita awalkan masa kita masuk tidur, walaupun mungkin pada awalnya akan sukar untuk melakukannya, tetapi ada perkara yang akan membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak, akan dibincangkan dalam perenggan seterusnya.
Tidur di siang hari
Amalan tidur di siang hari ini juga antara punca kenapa kita sukar untuk tidur di malam hari. Kebiasaannya ini berlaku apabila kita berjaga sepanjang malam, dan apabila matahari terbit, kita sudah terlalu letih untuk berjaga, maka jalan penyelesaian mudah, kita pun tidur di siang hari. Apabila malam, kita kembali segar kerana telah tidur di siang hari, walaupun sememangnya disunatkan untuk tidur sebelum zuhur dengan niat ingin bangun malam untuk menunaikan ibadat, namun ramai antara kita yang tidur terlalu lama sehinggakan tidak boleh tidur terus di waktu malam.
Cara untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, kita ambil satu hari untuk tidak tidur langsung di siang hari, dan kemudian tunggu sehingga masa yang sesuai di malam hari untuk tidur, disebabkan badan kita sudah terlalu lebih, pasti kita akan tidur dengan mudah. Jangan tunggu terlalu lewat sehingga 2-3 pagi untuk cuba tidur, itu akan tetap mengganggu anda untuk tidur dengan baik.


So, antara perkara perkara yang tidak patut dan patut dilakukan untuk mendapat tidur yang normal adalah :

1. Elakkan mengambil makanan pada lewat malam. 


  • Hal ini kerana apabila perut kita berasa kenyang maka hati kita pun rasa senang. So bila hati kita rasa senang maka makin susahlah kita hendak tidur. (Tah betul ke tak tu) Hal ini kerana makanan yang kita makan itu akan memberikan kita tenaga untuk berjaga. Sekiranya korang berasa lapar elok lah makan buah buahan. Lebih elok jika nak dibandingkan dengan mee goreng mamak yang korang makan tu kan.
2. Disiplinkan waktu tidur korang.
  • Tujuan mendisiplinkan waktu tidur adalah memastikan korang mendapatkan tidur yang secukupnya iaitu 8 jam. Cara untuk mendisiplinkan tidur adalah dengan memastikan korang tidur sebelum pukul 11 malam. Pada awalnya memang sukar untuk melakukannya tetapi jika sudah terbiasa ia akan menjadi rutin harian korang. Sekiranya korang tidur pada jam 11 maka korang akan bangun pada pukul 7 pagi. So sempat lagi untuk qada' solat subuh dan bersiap untuk ke kelas. Kalau dapat bangun dengan lebih awal lebih baik.
3. Dengar muzik instrumental.
  • Dengan mendengar alunan muzik instrumental, fikiran kita akan berasa tenang dan ia akan menyebabkan kita lebih senang untuk tidur. Tak percaya cuba buat. Tetapi jangan buka volumeterlalu tinggi kerana ia akan membingitkan telinga dan akan memberi tekanan untuk tidur.
4. Baca buku yang membosankan.
  • Dengan membaca buku yang membosankan, kita akan merasa mengantuk. Hal ini kerana kita akan menjadi tidak fokus dan membayangkan benda lain. Begitu juga apabila berada di dalamlecture yang membosankan.
5. Membaca ayat Qursi, 3 Qul dan doa tidur.
  • Sebagai umat Islam kita disunatkan untuk membaca kesemua ayat dan doa di atas untuk bertujuan melindung diri daripada gangguan syaitan pada waktu tidur.
6. Membayangkan masa depan yang korang ingin kecapi.
  • Kebiasaannya sebelum tidur aku akan membayangkan apa yang aku inginkan bila aku sudah kerja dan mempunyai income sendiri. Apa yang aku akan buat dengan duit itu, macam mana dengan rumah yang aku akan duduk. Segala benda aku akan bayangkan sebelum tidur. Ini bertujuan untuk mengkhayalkan fikiran aku supaya dapat tidur dengan lena. 
Itu sahaja yang aku ingin sampaikan. Harap yang baik korang dapat ikut dan yang tak berapa nak baik tu tak payah ikut. Terima kasih kerana membaca. :)





...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

2 nasihat :):

  1. Nice info ... Sangat2 bergune dalam khidupan kite ;)

    + najihah follow blog nie :))

    ReplyDelete
  2. Woow ! Daebak .. thank u for the info hyung .. sya slalu tidur lewat mlm .. sudah mnjd kebiasaan .. maklumlar cuti .. :3 ^-^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/