Pages

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, July 24, 2012

Jangan berbuka puasa mengikut nafsu

Assalamualaikum wbt.

ape macam puasa dah masok 4 hari dah berpuasa kejap jer mase berlalukan.
Ibadah puasa sebenarnya boleh membantu menjaga kesihatan termasuk mendapat dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Dengan kata lain, puasa boleh membantu menguruskan badan. Puasa kini bukan sahaja diamalkan oleh penganut agama Islam, ia sudah mula mendapat perhatian penganut agama lain.

Bagi kita puasa sudah menjadi sebahagian daripada kewajipan yang perlu kita laksanakan namun bagi mereka yang bukan beragama Islam, mereka menganggap puasa adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Puasa dan kesannya terhadap berat badan memang ketara jika kita mengamalkan puasa yang sebenarnya dan mengikut aturan makan terutamanya sewaktu berbuka puasa dan bersahur dengan betul seperti yang disarankan dalam Islam.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui amalan berpuasa ini, kita jangan mengambil makanan mengikut nafsu sebaliknya ambillah makanan mengikut keperluan tubuh badan. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu. Anda dinasihatkan mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang mengandungi nilai kalori yang tinggi, berlemak dan berkarbohidrat juga perlu dielakkan.




berbukalah puasa dalam keadaan sederhana jangan terlampau2 sampai membazir sesungguh nya membazir tu adalah amalan syaitan nauzubillah min zalik..

selamat berpuasa ^ ^

...Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...

0 nasihat :):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reservedhttp://firdausf26.blogspot.com/